menjiwang jap....

Author: kehidupan mengejar masa /

Seperti malam kelmarin
bintang di langit masih menyepi
hanya kegelapan menangkap mimpiku
untuk terus berlari dalam realiti

Aku mahu berhenti di paksi janji
yang kusangkutkan seribu azam
di depanku beribu kunang-kunang
girang bersenandung di pohon berembang
saat aku terleka mengutip lelah
yang entah bila akan sudah
sedang waktu pantas beredar
tanpa kusedari, hanya persoalan
berlantunan di ruang fikiran
mohon jawapan

Tiba-tiba aku terjaga,
bulan telah ada di saku
dekat dengan dada
bersinar penuh tenaga
mahu terus kupeluk mimpi ini
agar segala yang terjadi
bukan sebuah igauan ngeri.

Bulan di dalam saku
mahu terus ada di situ
Mahu kuberikan seluruh jiwa
kepada segala yang aku percaya.

2 ulasan:

Gadis blogger berkata...

walawei..
eka xreti na gune ayt2 cmtuh..
haha..

kehidupan mengejar masa berkata...

hehe..xpe blaja la...wan pun blaja gak...