filem 300.penipuan secara halus oleh barat...

Author: kehidupan mengejar masa /

assalamualaikum semua....penulisan yang terbaru oleh saya sebelum ini berbeza dengan penulisan2 sebelum ini..hal ini kerana dengan pendapat dan kritikan tentang cara saya menyampaikan sebelum ini memerlukan saya mengubah cara penyampaian dalam blog ini.kali ini saya akan mengupas isu yang saya anggap begitu menarik bagi saya.pada minggu lepas saya menonton filem hollywood yang bertajuk 300.adakah anda semua sudah menontonnya?saya tertarik dengan filem-filem sebegini kerana ia memaparkan sejarah kepahlawanan pada masa lampau.filem epik yang saya menonton ini memerlukan kajian oleh saya.oleh itu saya membuka kembali buku-buku sejarah yang saya miliki dan antaranya ialah buku tamadun dunia iaitu tulisan prof dr mahayuddin dari USM.buku ini merupakan buku yang wajib diambil dalam subjek sejarah STPM dan juga buku yg bertajuk sejarah yunani dan sparta.

bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton filem atau tidak menyaksikan filem ini,ia mengisahkan tindakan seorang raja sparta yang bernama leonidas,putera kepada raja anaxandridas dua yang membawa 300 tenteranya yg terbaik. ini selepas mengambil kira mereka itu semua memiliki anak lelaki bagi menyambung keturunan mereka seandainya mereka terkorban.mereka juga mendapat ketenteraan dengan penyertaan kaum thespian dan theban dalam perjalanan.mereka pergi ke sebuah laluan sempit di sebuah kawasan bernama thermopylae atau dikenali juga sebagai hot gates sempena kewujudan air mata panas di kawasan itu.matlamat mereka ialah untuk menghalang kemaraan tentera parsi di bawah pimpinan xerxes satu daripada memasuki negaranya pada tahun 480 sebelom masihi(MS).

sekarang saya akan mengupas mengenai filem ini. mmg tidak dinafikan, kerajaan sparta disegani pada ketika itu kerana budaya mereka yang ala ketenteraan dalam serba serbi kehidupan harian hinggakan mmg tiada ruang bg individu yang lemah di sisi masyarakat mereka. boleh dikatakan juga bahawa disebabkan budaya mereka ini yg bercirikan ketenteraan ini menyumbang kepada kekalahan ini.ini hanyalah pendapat saya sahaja.kaum wanita juga diberi latihan fizikal seperti lelaki serta juga diasak dengan kasar untuk melahirkan byi yang kuat .di sisi budaya mereka,mengekalkan kesucian teruna dan dara adalah satu kesalahan hinggakan untuk menemui penduduk spartan yg suci adalah mustahil. selain itu budaya yang agak pelik bagi kita ialah berlaku kes-kes lelaki teruna yang diperkosa oleh kumpulan wanita spartan. kesimpulannya setiap penduduk sparta seolah-olah dilahirkan untuk berperang sahaja.

berbalik kepada raja leonidas,bagi melambatkn kemasukan serangan parsi ke dalam negaranya adalah tindakan yang saya rasa cukup mengagumkan kerana didalam filem ini,beliau begitu gagah dalam menentang larangan berasaskn elemen khurafat daripada penyembah2 dewa.pada masa itu budaya ini begitu berpengaruh.menurut penyembah2 ini,leonidas diingtkn supaya tidak berperang menentang empayar prsi atas alasan waktu itu adalah masa yg malang.

leonidas berdegil dgn perintah itu dan mengmbil keputusan bagi mengorbankn sejumlah kecil daripada tenteranya berbanding menurut perintah penyembah berhala dgn duduk diam dan menyerah diri.dengan tin dakan ini leonidas mempamerkn sikap bertanggungjawab berdasarkn logik akal mengatasi kekarutan.ini menunjukkn beliau tidak memntingkan diri dan walaupun kalah beliau dan tenteranya dianggap wira sehingga sekarang.

namun apa yg saya ingin memperkatakn di sini dan ingin mengaskan bahawa penyampaian cerita itu terlalu menambah perisa termasuklah gambaran yg kerajaan parsi itu terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.selain itu,fizikal tentra parsi ditonjolkan agak keterlaluan sehingga diperburukkan.dgn wajah yg hodoh dgn wajah seperti raksasa yg datang entah dari planet mana digambarkn melalui filem ini.sedangkan tentera sparta disolekkn dgn perkasa serta watak mereka dipenuhi dengan jejaka tampan dan gagah(bkn pndangan emosi tetapi hakikat sejarahnya bkn begitu).

seperkara lagi yg tidak seiring dgn sejarah adalah falsafah tentera sparta di dalam film ini.dalam filem ini digambarkan matlamat yg dicita2kn oleh setiap askar sparta adalah bagi mengcap "kematian yang indah " iaitu kematian di medan perang,sedangkan hakikatnya falsafah mereka tidak sedemikian.mmg benar mereka menanamkan sikap berani pada jiwa tentera mereka tetapi tidakkah kita terfikir,semua pasukan tentera tidak kira di mana sahaja bersifat demikian?

pada pandangan saya penerbitan filem ini ada kaitan dengan sikap barat iaitu diketuai oleh AS untuk memburukkan kerajaan republik iran dengan mencari kesalahan iran.republik iran merupakan keturunan atau pewaris empayar parsi dan sparta pula dianggap dengan pembangunan ketamadunan barat.persoalan yg ingin sy kemukakan ialah mengapa baru sekarang atau dalam pada masa ini di abad ini filem ini disampaikan??
padahal dalam sejarah ada mengatakan pada tahun berikutnya iaitu 479SM,tentera yunani berjaya menewaskan tentera parsi dalam peperangan plataea.

sekarang saya berharap pembaca blog ini mendapat manfaat dari kupasan saya td.walaupun filem ini sudah lama ditayangkn namun kupasan filem ini masih lagi relevan.sejarah tidak boleh dipesongkan kerana anggapan saya sejarah membentuk masa kini.,maka sekiranya kita salah memahami sejarah masa lampau bermakna kita salah faham mengenai masa kini kita sendiri.

~~~~sekian~~~~

1 ulasan:

abe berkata...

manusia manusia demi kerana iran tu islam syiah yg laknat mengutuk isteri dan sahabat nabi,ko pun sanggup terlompat2 macam kera kepanasan..pantang betul bila sentuh bab2 gama..semua nak menang ,nak terbaik kalau boleh sejarahpun nak modified supaya menyebelahi gama ko...