filem 300.penipuan secara halus oleh barat...

Author: kehidupan mengejar masa /

assalamualaikum semua....penulisan yang terbaru oleh saya sebelum ini berbeza dengan penulisan2 sebelum ini..hal ini kerana dengan pendapat dan kritikan tentang cara saya menyampaikan sebelum ini memerlukan saya mengubah cara penyampaian dalam blog ini.kali ini saya akan mengupas isu yang saya anggap begitu menarik bagi saya.pada minggu lepas saya menonton filem hollywood yang bertajuk 300.adakah anda semua sudah menontonnya?saya tertarik dengan filem-filem sebegini kerana ia memaparkan sejarah kepahlawanan pada masa lampau.filem epik yang saya menonton ini memerlukan kajian oleh saya.oleh itu saya membuka kembali buku-buku sejarah yang saya miliki dan antaranya ialah buku tamadun dunia iaitu tulisan prof dr mahayuddin dari USM.buku ini merupakan buku yang wajib diambil dalam subjek sejarah STPM dan juga buku yg bertajuk sejarah yunani dan sparta.

bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton filem atau tidak menyaksikan filem ini,ia mengisahkan tindakan seorang raja sparta yang bernama leonidas,putera kepada raja anaxandridas dua yang membawa 300 tenteranya yg terbaik. ini selepas mengambil kira mereka itu semua memiliki anak lelaki bagi menyambung keturunan mereka seandainya mereka terkorban.mereka juga mendapat ketenteraan dengan penyertaan kaum thespian dan theban dalam perjalanan.mereka pergi ke sebuah laluan sempit di sebuah kawasan bernama thermopylae atau dikenali juga sebagai hot gates sempena kewujudan air mata panas di kawasan itu.matlamat mereka ialah untuk menghalang kemaraan tentera parsi di bawah pimpinan xerxes satu daripada memasuki negaranya pada tahun 480 sebelom masihi(MS).

sekarang saya akan mengupas mengenai filem ini. mmg tidak dinafikan, kerajaan sparta disegani pada ketika itu kerana budaya mereka yang ala ketenteraan dalam serba serbi kehidupan harian hinggakan mmg tiada ruang bg individu yang lemah di sisi masyarakat mereka. boleh dikatakan juga bahawa disebabkan budaya mereka ini yg bercirikan ketenteraan ini menyumbang kepada kekalahan ini.ini hanyalah pendapat saya sahaja.kaum wanita juga diberi latihan fizikal seperti lelaki serta juga diasak dengan kasar untuk melahirkan byi yang kuat .di sisi budaya mereka,mengekalkan kesucian teruna dan dara adalah satu kesalahan hinggakan untuk menemui penduduk spartan yg suci adalah mustahil. selain itu budaya yang agak pelik bagi kita ialah berlaku kes-kes lelaki teruna yang diperkosa oleh kumpulan wanita spartan. kesimpulannya setiap penduduk sparta seolah-olah dilahirkan untuk berperang sahaja.

berbalik kepada raja leonidas,bagi melambatkn kemasukan serangan parsi ke dalam negaranya adalah tindakan yang saya rasa cukup mengagumkan kerana didalam filem ini,beliau begitu gagah dalam menentang larangan berasaskn elemen khurafat daripada penyembah2 dewa.pada masa itu budaya ini begitu berpengaruh.menurut penyembah2 ini,leonidas diingtkn supaya tidak berperang menentang empayar prsi atas alasan waktu itu adalah masa yg malang.

leonidas berdegil dgn perintah itu dan mengmbil keputusan bagi mengorbankn sejumlah kecil daripada tenteranya berbanding menurut perintah penyembah berhala dgn duduk diam dan menyerah diri.dengan tin dakan ini leonidas mempamerkn sikap bertanggungjawab berdasarkn logik akal mengatasi kekarutan.ini menunjukkn beliau tidak memntingkan diri dan walaupun kalah beliau dan tenteranya dianggap wira sehingga sekarang.

namun apa yg saya ingin memperkatakn di sini dan ingin mengaskan bahawa penyampaian cerita itu terlalu menambah perisa termasuklah gambaran yg kerajaan parsi itu terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.selain itu,fizikal tentra parsi ditonjolkan agak keterlaluan sehingga diperburukkan.dgn wajah yg hodoh dgn wajah seperti raksasa yg datang entah dari planet mana digambarkn melalui filem ini.sedangkan tentera sparta disolekkn dgn perkasa serta watak mereka dipenuhi dengan jejaka tampan dan gagah(bkn pndangan emosi tetapi hakikat sejarahnya bkn begitu).

seperkara lagi yg tidak seiring dgn sejarah adalah falsafah tentera sparta di dalam film ini.dalam filem ini digambarkan matlamat yg dicita2kn oleh setiap askar sparta adalah bagi mengcap "kematian yang indah " iaitu kematian di medan perang,sedangkan hakikatnya falsafah mereka tidak sedemikian.mmg benar mereka menanamkan sikap berani pada jiwa tentera mereka tetapi tidakkah kita terfikir,semua pasukan tentera tidak kira di mana sahaja bersifat demikian?

pada pandangan saya penerbitan filem ini ada kaitan dengan sikap barat iaitu diketuai oleh AS untuk memburukkan kerajaan republik iran dengan mencari kesalahan iran.republik iran merupakan keturunan atau pewaris empayar parsi dan sparta pula dianggap dengan pembangunan ketamadunan barat.persoalan yg ingin sy kemukakan ialah mengapa baru sekarang atau dalam pada masa ini di abad ini filem ini disampaikan??
padahal dalam sejarah ada mengatakan pada tahun berikutnya iaitu 479SM,tentera yunani berjaya menewaskan tentera parsi dalam peperangan plataea.

sekarang saya berharap pembaca blog ini mendapat manfaat dari kupasan saya td.walaupun filem ini sudah lama ditayangkn namun kupasan filem ini masih lagi relevan.sejarah tidak boleh dipesongkan kerana anggapan saya sejarah membentuk masa kini.,maka sekiranya kita salah memahami sejarah masa lampau bermakna kita salah faham mengenai masa kini kita sendiri.

~~~~sekian~~~~

al-baqarah (lembu betina)

Author: kehidupan mengejar masa /

assalamulaikum semua...tanpa berlengahkn masa lg saya hendak menulis tentang surah al-baqarah yg bermaksud lembu betina....di dalam surah ini terdapat kisah yg berlaku pada zaman nabi Musa...disini saya ingin meminta maaf jika post saya kali ini tidak lengkap...

bermulanya kisah,pada suatu ketika terdapat seorang lelaki yg bernama 'amil..beliau adalah seorang ceti yg memberi serta memungut hutang daripada orang ramai dengan mengenakan kadar faedah yg tinggi.beliau sentiasa sibuk dalam menjalankn aktivitinya itu sehingga ieterinya meninggal dunia kerana tidak cukup makan dan rehat akibat sibuk mengira wang suaminya.

selepas kematian isterinya beliau meminta anak perempuannya pula menggantikan ibunya dalam mengurus hal kewangannya.anaknya itu enggan dan mencadangkan ayahnya meminta tolong daripada seorang pemuda iaitu sepupunya.beliau enggan berbuat demikian dan memberitahu anaknya,yang anak saudaranya itu sedang menunggu peluang bagi merebut hartanya sekiranya dia meninggal dunia dan mengahwini anak perempuannya itu.secara kebetulan,anak perempuannya memang sedang bercinta dengan pemuda itu.

namun pada suatu hari,'amil tidak pulang kerumah dan membuatkn anak perempuannya risau.lantas beliau meminta tolong daripada seupu yg dicintainya supaya mencari ayahnya yg hilang.sepupunya itu pun mencari bapa audaranya hingga beliau terjumpa sekelompok orang sedang berkerumun di sebuah kampung yang berjiran dengan kampung yg didiaminya,rupa2nya mereka sedang berkumpul di sisi mayat 'amil yg sudah terbujur kaku yg tidak bernyawa.....
maka timbul perbalahan, penduduk kampung 'amil menuduh penduduk kampung sebelah begitu juga sebaliknya.mereka mengatakn penduduk kampung sebelah membunuh 'amil kerana mayat amil terdapat di kampung tersebut dan penduduk kampung sebelah mengatakn penduduk kampung 'amil membunuh 'amil dan membuang mayat di kampung tersebut dan memfitnah mereka.perbalahan menjadi tidak terkawal lalu pemuda2 kampung terbabit bersedia untuk berperang sesama mereka.namun orang2 tua kampung terbabit berpakat bagi meyelesaikan hal ini secara aman dengan membawa kes ini kepada nabi Musa...

dalam kisah yg lain pula(ada kena mengena ng kisah td), ada sepasang suami isteri yg baru melahirkan anak ketika usia mereka sudah tua.maka si ayah pun bimbang mengenai rezeki anknya itu kerana dia sudah tua dan tidak lagi kuat bekerja mencari nafkah.isterinya mencadangkan supaya mereka membeli seekor anak lembu supaya diwariskan kepada kepada anak tersebut apabila dewasa.maka isterinya mencadangkan supaya dilepaskn saja lembu tersebut dan bertawakal supaya lembu tersebut mendapat pemeliharan dari Allah.apabila anak mereka dewasa,maka lembu itu akan datang kepadanya apabila menyebut "dengan nama Allah,maka datanglah kepadaku".

apabila si anak meningkat dewasa,bapanya sudah pun meninggal dunia.si ibu memanggil anaknya dan menceritakan perihal lembu yg dibeli oleh mereka ketika beliau masih kecil.lalu ibunya menyuruh beliau mencari lembu tersebut .dalam pencariannya, beliau melihat seekor lembu yg bersifat sepertimana cerita ibunya.lembu tersebut sentiasa menjauhkn diri daripada sesiapa yg menhampirinya.maka pemuda ini pun menyeru :dengan nama Allah,datanglah kepadaku". lmbu tersebut pun mendekati pemuda berkenaan dan menunjukkan sekap jinaknya dengan mengekori pemuda tersebut ke mana saje beliau pergi.maka se pemuda pun membawa lembu tersebut pulang kerumahnya dan menunjukkn kepada ibunya yg beliau sudah menjmpai lembu tersebut.

sekarang kita berbalik pada kisah penduduk kampung yg berbalah tersebut,mereka berjumpa Nabi Musa dan meminta pandangan beliau.baginda pun dgn bimbingan Ilahi menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina kemudian memukul mayat 'amil dgn kulit lembu tersebut.lalu mayat tersebut akan bangun dan akan memberitahu siapa pembunuhnya.mereka pun memarahi baginda kerana mereka menganggap baginda mengolok-olokkn cerita.hal ini kerana mereka sangat mengagungkan lembu,maka ini satu cara bagi meredakan sikp mereka yg gemar mendewa-dewakn lembu. baginda menyatakn bahawa bahawasanya beliau menyampaikn arahan yg benar dan beliau memohon perlindungan daripada menjadi daripada kalangan orang-orang yg jahil,sepertimana yg dinyatakn di dalam AL-Quran,surah Al-Baqarah ayat 67 (afareez abd razak Al-hafiz:37). maka mereka pun mencari lembu yg dinyatakan baginda dgn syarat2 yg perlu ada pada lembu tersebut.antara ciri2 lembu tersebut ialah usia lembu tersebut ilah pertengahan tidak terlalu tua dan muda , warnanya ialah kuning yg apabila orang melihatnya tercengang akan kekuningannya , lembu tersebut tidak digunakan untuk membajak tanah
dan tidak pula digunakan untuk mengairi tanaman serta tidak cacat cela.mereka pun pulang dgn terpinga2 kerana tidak tahu dimana untuk mencari lembu sedemikian rupa.

tanpa diduga,dgn izin Allah mereka menjumpai lembu betina tersebut yg diwarisi oleh ayahnya yg disebutkn sebelum ini ini pun melintas di depan mereka dalam perjalanan pemuda tersebut ke rumah ibunya.

namun si pemuda berasa hairan kerana ramai orang mengekorinya ke rumah dan berkerumun di halaman rumahnya. wakil rombongan pun men emui pemuda dan ibunya untuk berbincang tentang pembelian lembu tersebut.pada awalnya pemuda tersebut enggan menjual lembu tersebut tetapi pemuda tersebut bersetuju setelah dipujuk oleh wakil pihak tersebut.wakil pihak tersebut menceritakn tujuan untuk membeli lembu tersebut yg boleh mengakibatkn perang diantara kedua-dua kampung.pemuda tersebut menjual dgn harga lembu tersebut seberat harga emas kulit lembu tersebut.mereka pun bersetuju untuk menjualnya.

ketika itu muncul anak saudara 'amil td yg menyatakan sebagai waris dia dia menuntut harga lembu itu diberikan kepadanya dan kes terssebut dianggap selesai.perkara ini dibantah oleh penduduk kedua-dua kampung yg mahu mengetahui siapa pembunuh 'amil tersebut yg masih bebas.

akhirnya kulit lembu tersebut dipukul ke mayat 'amil tersebut dan dengan izin Allah mayat tersebut membuka matanya dan menunjuk ke arah anak saudaranya seraya mengatakan dia lah yg membunuh beliau.ini kerana beliau ingin megahwini anaknya perempuannya dan inginkn hartanya serta meletakkn mayatnya di kampung sebelah supaya beliau tidak dituduh membunuh.maka berlakunya kacau bilau diantara dua kampung terbabit.

maka bersempena itu,dinamakan surah yg menceritakan peristiwa ini surah Al-baqarah..

~~~~sekian~~~