Bangsa Perosak..kisah yg harus dikaji...

Author: kehidupan mengejar masa /

83: Dan mereka bertanya kepadamu,mengenai Zulkarnain. katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya'.

84: Sesungguhnya kami berikan kepadanya kuasa di bumi, dan kami beri kepdanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85: Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.

86: Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati disisinya satu kaum. kami berkata 'wahai Zulkarnain! kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka'.

87: Ia berkata, ;adapun orang yang melakukan kezaliman, kami akan menyeksanya;kemudian ia akan dikembalikan kepada tuhannya,lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88: Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya balasan baik;kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah.

89: Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90:Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikannya bagi mereka perlindungan daripadanya.

91: Demikianlah halnya; dan sesungguhnya kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.

92: Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93: Sehingga apabila ia sampai di anatara dua gunung, ia dapatinya di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94:Mereka berkata, 'Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum yakjuj dan makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95: Ia menjawab, 'kekuasaan yang tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik;oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh'.

96: Bawalah kepadaku ketul-ketul besi;sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, Ia pun berkata ,'tiuplah dengan alat-alatmu,'sehingga apabila ia menjadi api berkatalah ia, 'bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.'

97: Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98:Berkatalah ia, ' ini ialah suatu rahmat daripada tuhanku;maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar.

Surah Al-kahfi ayat 83-98


Siapakah bangsa perosak ini?siapakah yakjuj makjuj ini?di dalam kitab-kitab lama yahudi dipanggil Gog dan Magog. siapakah pula Zulkarnain? adakah dia seorang nabi?atau hanyalah seorang raja?kita sering terperangkap dengan teori Zulkarnain ialah Alexander The Great. Adakah teori ini tepat?terdapat beberapa lagi tokoh yang sering dikaitkan dengan Zulkarnain ini
contohnya ialah Cyrus The Great(Raja Parsi), Firaun Akhenaton(Raja Mesir) dan juga As-sha'ab zulkarnain(Raja himyar/Yaman).

Saya akan mengulas perihal bangsa Yakjuj Makjuj pada post saya yang akan datang dan sedaya upaya menghuraikan sedikit untuk pemahaman kita siapa sebenarnya Gog and Magog ini. Sarjana orientalis dengan angkuhnya mengatakan bahawa umat islam merupakan bangsa yakjuj dan makjuj ini.saya akan mengambil beberapa pandangan sarjana islam untuk menangkis dakwaan ini.saya juga akan menyiarkan pandangan sarjana yahudi untuk pembaca yang bijaksana untuk menilainya. saya akan memfokuskan tentang salasilah bangsa yakjuj dan makjuj ini dan ini berkaitan dengan bangsa yang terdapat di dunia pada masa sekarang.

~~~~bersambung~~~~

mengapa yahudi berkuasa?

Author: kehidupan mengejar masa /

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia , dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi ' s Jeans), Howard Schultz (Starbuck ' s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo ' s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ' membuat apa saja ' demi Israel .

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia , 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua *****a ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ' Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia ' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS $3.8 trilion dan Jerman AS $2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


p/s : rentetan dari post terdahulu Mengapa Yahudi Bijak?

salam aidilfitri

Author: kehidupan mengejar masa /

assalamualaikum.........di kesempatan ini saya ingin mengucapkn selamt hari raya aidilfitri kepada umat islam tidak kira di mana anda berada...bermaaf-maafan sesama kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan dengan ini dapat menguatkan perpaduan umat islam tidak kira di Malaysia atau di seluruh dunia...saya memohon maaf kepada anda semua andai saya tersilap kata atau dgn perbuatan dengan disengajakan atau tidak disedari...salam aidilfitri dari


~~MZ~~

rindu sapa la tu...

Author: kehidupan mengejar masa /

Rindu itu wujud
Antara manisnya madu
Dan pahitnya hempedu
Antara jernihnya air mata
Dan pekatnya darah

Tanpa rindu
Cinta hanyalah
Segumpal rasa
Antara hembusan
Nafsu
Dan denyutan nadi
Yg hatinya
Telah patah dan
Mati.

Tanpa indahnya
Mimpi
Tanpa indahnya
Ingauan ngeri.

Rindu itu lahir
Antara
Tenangnya perasaan
Dan
Kacaunya fikiran

Antara
Cinta yg buta
Dan
Nafsu yg ghairah

menjiwang jap....

Author: kehidupan mengejar masa /

Seperti malam kelmarin
bintang di langit masih menyepi
hanya kegelapan menangkap mimpiku
untuk terus berlari dalam realiti

Aku mahu berhenti di paksi janji
yang kusangkutkan seribu azam
di depanku beribu kunang-kunang
girang bersenandung di pohon berembang
saat aku terleka mengutip lelah
yang entah bila akan sudah
sedang waktu pantas beredar
tanpa kusedari, hanya persoalan
berlantunan di ruang fikiran
mohon jawapan

Tiba-tiba aku terjaga,
bulan telah ada di saku
dekat dengan dada
bersinar penuh tenaga
mahu terus kupeluk mimpi ini
agar segala yang terjadi
bukan sebuah igauan ngeri.

Bulan di dalam saku
mahu terus ada di situ
Mahu kuberikan seluruh jiwa
kepada segala yang aku percaya.